Penganjuran Program Eksplorasi Bahasa bersempena dengan Program Keselamatan Kanak-kanak “Sahabat B.I.J.A.K.: Selamat dan Lindung (Safe and Protect)” di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 22 November 2018 lalu mendapat sambutan yang meriah dan menggalakkan daripada kanak-kanak yang hadir. Seramai 75 orang kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur, latar belakang dan sekolah telah menyertai program ini. Program Eksplorasi Bahasa diadakan untuk menguji tahap pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak dalam bidang bahasa dan sastera, di samping menggalakkan semangat bekerjasama dalam kalangan peserta.

Kategori: Berita, Featured

Hari UNESCO Malaysia (HUM) 2018 telah disambut pada 29-30 September 2018 yang lalu. Pada tahun ini UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) memilih negeri Perak sebagai negeri yang mempunyai tapak warisan dunia UNESCO di Lenggong sebagai tuan rumah sambutan pada peringkat kebangsaan.

Kategori: Berita, Featured

Jika anda singgah seawal pagi di Nu Sentral, Kuala Lumpur, lebih tepat lagi, di kafe Coffee Bean & Tea Leaf, usah terkejut melihat seorang lelaki bertubuh kecil dengan komputer riba di kerusi bersebelahan dinding. Ada lingkaran halimunan yang membentuk sempadan lelaki itu dengan dunia sebenar. Sambil bersarapan, dia sedang bekerja dengan mesin imaginasinya yang tidak pernah berhenti-henti bergelora. Beberapa buah buku, majalah dan akhbar mingguan terletak di sebelah komputer riba, sebagai isyarat keseriusannya. Orang lalu-lalang semakin ramai keluar masuk di Nu Sentral, tetapi perhatian makhluk aneh ini terlekat pada skrin mesin kreatifnya. Itulah kosmo miliknya yang tidak terjangkau oleh sesiapa.

Kategori: Bakat, Featured

Program “Secangkir Kopi” merupakan bicara karya berkonsepkan santai sambil minum dan diselitkan dengan nyanyian lagu puisi. Program yang dilaksanakan sejak tahun 2016 ini khusus membicarakan buku baharu karya penulis Sabah. Sehubungan dengan itu, pada 8 Oktober 2018, Dewan bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) telah mengadakan program ini di Dewan Pameran Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu. Program ini dilaksanakan sebagai pengisian acara Pesta Buku Borneo 2018 yang diadakan dari 5 hingga 9 Oktober 2018 dan bersempena dengan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2018.

Kategori: Berita, Featured

Buku lukisan Tun Khalil Yaakob: Artist – Portraits and Images yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah dilancarkan oleh YAB Tuan Adly Zahari, Ketua Menteri Melaka, pada 6 Oktober 2018 di Dataran Cendol, Jalan Laksamana, Melaka, bersempena dengan pameran solo Yang di-Pertua Negeri Melaka itu di Galeri Seni Rakyat Melaka bermula 11 Mei 2018 hingga akhir Oktober 2018.

Kategori: Berita, Featured

Karya kesusasteraan sesuatu bangsa merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya; diwarisi zaman-berzaman sebagai cerminan sejarah dan budaya yang perlu dijadikan pedoman. Sejarah merekodkan betapa tidak terhitung jumlah tinggalan karya kesusasteraan ini yang menanti bangsanya untuk menggali semula khazanah ini daripada dibiarkan diam membisu tanpa sebarang penyelidikan yang tekun dan lestari.

Kategori: Berita, Featured

Ada apa dengan hiburan dan penjagaan alam sekitar? Jika ada kaitan pun, bagaimana? Kita sedia maklum bahawa mesej alam sekitar, seperti tanah runtuh, perubahan iklim, dan pemanasan global, acap kali dilabelkan sebagai topik berat, teknikal dan membosankan sehingga membuatkan masyarakat semakin menjauhkan diri dan kurang berminat terhadapnya. Sukar bagi pihak media atau sebarang bentuk penulisan mendekati pembaca dengan cara menyeronokkan untuk menghadapi isu sebegini.

Kategori: Featured, Makalah

Pada 6 hingga 7 Oktober 2018 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu, Kelantan, telah diadakan Seminar Antarabangsa Sejarah dan Budaya Kelantan-Patani. Seminar ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur dan beberapa buah agensi kerajaan yang lain. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk mengenal pasti dan memahami perkembangan hubungan antara Kelantan dengan Patani; menyalurkan maklumat tentang sejarah dan budaya wilayah Kelantan-Patani dalam konteks peradaban Melayu; serta menjadi jambatan ilmu dalam beberapa aspek tertentu.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1036251
    Visit Today : 1029
    This Month : 18850
    Total Visit : 1036251
    Hits Today : 3920
    Total Hits : 4250010
    Who's Online : 8
  • Kategori