Bermula tahun 2016 dan ke hadapan, pemenang bagi Anugerah Penulisan Asia Tenggara tidak lagi dipilih berdasarkan genre penulisan sebaliknya dinilai melalui merit atau kepengarangan yang terbaik pada tahun itu.

Kategori: Berita, Featured

Oleh sebab terlalu lasak dan kuat bermain, keluarga Tunku Abdul Rahman sering memanggilnya kanak-kanak yang “buas”, iaitu perkataan dalam dialek Kedah yang menggambarkan seorang kanak-kanak yang nakal dan lasak.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Keistimewaan dua puluh buah cerpen yang dihidangkan oleh Baharuddin Kahar kepada pembaca dalam Kumpulan Capa Rengat Gulai Rawo ini sesuai dibaca oleh golongan dewasa dan remaja. Baharuddin Kahar mahu pembaca menjadikan isu-isu yang dibangkitkan dalam cerpen ini sebagai teladan.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Novel ini mempunyai ambiguiti tentang Gunung Cha adalah kemuncak pendakian Mad dalam hidupnya. Dalam dirinya sebenar-benarnya wujud Gunung Cha. Persoalannya, adakah benar kata-kata Profesor Zulfan ‘Kau ibaratkan ia wujud, walau tak berjumpa’. Disinilah terletaknya keunikan jalan penceritaan novel karya Malim Ghozali PK.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ditulis oleh editor, Nik Afifah Nik Abdul Aziz yang memperkenalkan Hikayat Perempuan Bernama Latifah serta kajian yang mendalam terhadap intipati dan tafsiran hikayat tersebut. Beliau juga menulis tentang ringkasan perbandingan antara hikayat ini dengan hikayat lain yang menceritakan tentang isu wanita dari sudut pandangan Islam. Antara teks hikayat yang memfokuskan kepada kaum wanita yang telah sedia ada dikaji ialah Hikayat Darmatasiah, Hikayat Puteri Salamah, Hikayat Fatimah dan Hikayat Perempuan Bernama Latifah yang menjadi fokus utama dalam buku ini.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Peranan penterjemahan di Malaysia khususnya dan di Kepulauan Tanah Melayu amnya menjadi sumber penting dalam proses pembinaan kosa kata bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu yang bukan sahaja bidang agama, tetapi bidang sains dan teknologi yang perlu diperhebat bagi melahirkan sebuah pemikiran sains dan teknologi orang Melayu yang sememangnya telah wujud.

Kategori: Bicara, Featured

OLEH ATIQAH ABD RAHIM SESI Wacana Ilmu 2020 Siri Pertama yang bertajuk, “Orang Muda dan Bahasa Melayu dalam Media Sosial” telah diadakan melalui siaran langsung di Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada 13 Julai 2020. Sesi tersebut menampilkan Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong, Felo Utama Bersama, Institut Kajian Etnik Kebangsaan (KITA) dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Sesi itu membincangkan penggunaan bahasa Melayu dalam […]

Kategori: Berita, Featured

JIWA Mawar sangat romantis sehinggakan kita dapat lihat karya-karyanya lebih menjurus kepada kisah kasih sayang yang mendalam antara manusia dengan pencipta-Nya,

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1036786
    Visit Today : 268
    This Month : 19385
    Total Visit : 1036786
    Hits Today : 1153
    Total Hits : 4253508
    Who's Online : 14
  • Kategori