Wau merupakan warisan budaya yang tinggi nilainya. Bermula sebagai permainan mengisi waktu lapang petani selepas lelah menuai padi, wau kini telah diangkat dan diperkenalkan ke mata dunia dengan penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran pasir Gudang, Johor, setiap tahun.

Kategori: Warisan

SEBAGAI negeri beradat perpatih, Negeri Sembilan kaya dengan warisan kebudayaan yang unik seperti seni persembahan tradisional bongai, randai, dan tumbuk kalang. Walaupun kurang dikenali, seni persembahan ini masih berkumandang di sudut-sudut tertentu negeri ini walaupun gemanya tidak selantang suatu ketika dahulu.

Kategori: Warisan

Randai merupakan sejenis seni persembahan yang menggabungkan pelbagai elemen termasuklah seni tari, seni silat, seni muzik dan juga kesusasteraan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, randai bermaksud “sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang yang berdiri melengkung sambil bernyanyi-nyanyi dan bertepuk tangan”. Maksud ini jelas menunjukkan perlakuan para penari dalam persembahan ini yang membentuk bulatan semasa membuat persembahan.

Kategori: Warisan
  • Arkib

  • Statistik

    1035766
    Visit Today : 544
    This Month : 18365
    Total Visit : 1035766
    Hits Today : 2310
    Total Hits : 4248400
    Who's Online : 6
  • Kategori