SENI persembahan bererti pertunjukan yang dipertontonkan kepada orang ramai. Ia bertujuan sebagai pengisian untuk keperluan agama dan kepercayaan, 1upacara dan perasmian, hiburan dan permainan, ritual, pengubatan atau kesukanan, bahkan juga untuk tujuan pengiklanan dan penjualan. Perlakuan mempersembahkan sesuatu merupakan daya usaha untuk berkomunikasi sesama kelompok mereka atau dengan kelompok yang lain. Ia akan menghasilkan kefahaman kepada para penonton. Selain itu, ia bertujuan untuk memperluaskan perasaan, pemikiran dan harapan iaitu daya untuk berkomunikasi dengan penonton. Seni persembahan sering dikaitkan dengan pengerjaan bersama-sama serta sambutannya. Sambutan yang diterima akan menitik tolak kejayaan sesuatu persembahan. Sesebuah hasil seni persembahan hanya dapat dinikmati semasa ia dipersembahkan sahaja. Walaupun terdapat sesetengah persembahan dipersembahkan berkali-kali boleh berubah atau bertukar oleh faktor yang menguasai pemain. Seni persembahan merupakan pengalaman yang dapat menguji pencapaian intelek, emosi dan nilai hidup para pemain mahupun penonton.

Kategori: Warisan

“Hanya keturunan Kalur yang boleh memainkan alat nobat diraja Perak,” tegas Ketua Nobat Diraja Perak, Toh Setia Guna Abdul Aziz Yahya, memulakan perbualan. Mengikut adat istiadat Perak, sultan tidak dianggap berdaulat sehingga ditabalkan dengan bunyi-bunyian nobat.

Kategori: Featured, Warisan

ARTOCARPUS ODORATTISSIMUS ialah nama saintifik bagi sejenis pokok yang banyak tumbuh meliar di bumi Sarawak.

Kategori: Featured, Warisan

ORANG Asli Temuan merupakan suku keempat terbesar dalam hierarki kaum Orang Asli daripada kumpulan Melayu Proto atau lebih mudah dikenali sebagai Melayu Asli. Selangor, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, dan daerah Muar, Johor, merupakan petempatan utama ...

Kategori: Featured, Warisan

KEARIFAN tempatan merujuk kepada disiplin ilmu dan kepakaran yang berasal daripada budaya asli tempatan, berkembang sejak zaman silam, dan telah dipraktikkan sebagai sebahagian daripada cara hidup masyarakat.

Kategori: Featured, Warisan

Pada zaman dulu, keris dianugerahkan kepada pembesar sesuai dengan jawatan masing-masing. Keris juga dijadikan pelengkap busana ketika adat istiadat perkahwinan

Kategori: Warisan

Capal pada awalnya dipakai oleh golongan bangsawan. Pahlawan Melayu zaman dahulu pula kelihatan segak dan kemas dalam pakaian tradisional, dilengkapi sepasang capal.

Kategori: Warisan

Songkok bukan lagi asing bagi masyarakat di Malaysia. Baju Melayu tidak lengkap tanpa memakai songkok. Pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, songkok dipakai oleh kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa.

Kategori: Warisan
  • Arkib

  • Statistik

    1033810
    Visit Today : 26
    This Month : 16409
    Total Visit : 1033810
    Hits Today : 51
    Total Hits : 4238385
    Who's Online : 15
  • Kategori