Hening malam digugah apabila tabuh dipalu menandakan bermulanya acara baca puisi patriotik di Sanggar Man Kayan, Kuantan. Lokasi yang mulanya sunyi dengan persiapan rapi para pendukung presentasi, mula hangat dengan aura dan semangat para pejuang silam.

Kategori: Warisan

ARKEOLOGI di Malaysia telah menyaksikan perkembangan pengetahuan baharu tentang prasejarah negara yang dilakukan melalui kegiatan penggalian atau ekskavasi yang bersifat sistematik dan saintifik oleh ahli arkeologi. Arkeologi juga menjadi lapangan disiplin yang ditawarkan di peringkat institusi pengajian tinggi seperti di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kategori: Warisan

Asas budaya merupakan perkara utama yang memimpin diri manusia dalam bertingkah laku. Jika ditanya mengenai definisi budaya, pelbagai definisi dan perspektif yang boleh dikongsi. Budaya bukan sahaja sesuatu yang boleh dikaitkan dengan etnik, budaya juga boleh dikaitkan dengan perkara lain seperti budaya kerja, budaya ekonomi, budaya kelompok atau kumpulan dan sebagainya. Dalam penulisan ini, penulis akan memfokuskan dalam memberi definisi budaya khusus mengenai budaya masyarakat yang berlaku di Malaysia. Definisi budaya oleh penulis lebih bersifat dari segi perspektif sosiologi. Dalam penulisan ini juga, penulis akan memberi dua jenis budaya berasaskan etnik, iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan.

Kategori: Warisan

OLEH ZETY NATAMULIA ELIAS Menelusuri Sejarah Muzik Tradisional Seni muzik merupakan satu daripada cabang seni tradisional Melayu selain seni gaya, seni rupa dan permainan tradisional. ‘Muzik’ merupakan istilah popular setelah kemasukan unsur barat. ‘Muzik’ merupakan istilah pinjaman dari Parsi.  Muzik diterima sebagai bunyi atau sesuatu yang sedap didengar dan dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan. Muzik merupakan satu fenomena yang sangat unik, yang boleh juga dibunyikan dengan gabungan beberapa […]

Kategori: Warisan

BUDAYA adalah segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, politik, nilai, norma, undang-undang, bahasa, peraturan, dan bahan-bahan (Noran Fauziah, 1987). Mengikut definisi dominan yang diberi oleh Edward B. Taylor yang mendefinisikan budaya ialah satu keseluruhan yang kompleks yang merangkumi ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral dan akhlak, undang-undang, adat resam dan kemahiran-kemahiran lain yang diperolehi manusia sebagai ahli masyarakat.

Kategori: Warisan

Majlis Pelancaran Program Arkeopelancongan dan Program Arkeologi Junior telah diadakan pada 17 Februari 2020 bertempat di Restoran Town Steel Kitchen, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kategori: Featured, Warisan

KEINDAHAN dan kehalusan kain sutera memang diakui telah melatari keperluan kehidupan manusia zaman-berzaman. Kain sutera memberi nilai sosial dan dapat mempengaruhi gaya hidup si pemakainya. Kewujudan sutera yang berabad-abad lamanya telah berkembang ke seluruh dunia. Malah perdagangan sutera ini telah mula wujud di China dan India sehingga wujudnya istilah “Laluan Sutera” atau “Jalan Sutera”.

Kategori: Kajian, Makalah, Warisan

Keunggulan karya agung Hikayat Anggun Cik Tunggal dalam genre prosa Melayu tradisional dan tradisi lisan Nusantara ialah satu daripada sejumlah cerita penglipur lara yang dihasilkan menerusi inisiatif R.O Winstedt dan R.J Sturrock. Selain itu, keunggulan Hikayat Anggun Cik Tunggal (1914) antara sebahagian karya agung kesusasteraan rakyat Nusantara yang berjaya melalui proses pendokumentasian dalam bentuk tulisan oleh para orientalis dan sarjana sastera lisan Nusantara yang mengkaji tradisi lisan Nusantara (Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2003: 5).

Kategori: Warisan
  • Arkib

  • Statistik

    1014963
    Visit Today : 992
    This Month : 34308
    Total Visit : 1014963
    Hits Today : 5420
    Total Hits : 4142222
    Who's Online : 11
  • Kategori