Menurut Zahari Ngah, 52, sebagai pembuat bubu di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu, beliau menggunakan dawai dan besi sebagai bahan utama. Kerja ini memerlukan kesabaran yang tinggi, selain berkemahiran memasang dawai dan membentuk unjap, iaitu laluan untuk ikan masuk ke dalam perangkap. Unjap memainkan peranan penting dalam pembuatan sesebuah bubu, kerana jika tersalah ukuran, ia akan menyebabkan bubu tersebut gagal menarik ikan untuk memakan umpan dan nelayan akan pulang dengan tangan kosong.

Kategori: Warisan

OLEH SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM Tingkeban ialah satu amalan tradisi masyarakat Jawa di daerah Sabak Bernam, Selangor. Tingkeban disebut juga ‘mitoni’ yang berasal daripada kata pitu, bermakna tujuh. Upacara ini dilaksanakan pada usia kehamilan berusia tujuh bulan dan pada kehamilan yang pertama bagi isteri. Dalam upacara tingkeban, ibu yang sedang hamil akan dimandikan dengan air kembang setaman disertai doa yang bertujuan untuk memohon kepada Allah agar selalu diberikan rahmat dan […]

Kategori: Warisan

Bertamu ke kampung suku Temiar Bukit Kala, Batu 12, Gombak telah mendorong saya menelusuri beberapa budaya unik masyarakat minoriti ini. Temiar merupakan suku Senoi, suku orang asli terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain Temiar, suku Senoi terdiri daripada Semai, Che Wong, Jahut, Semoq Beri dan Mah Meri.

Kategori: Warisan

Suatu kebiasaan yang unik ialah apabila pengantin telah sampai kepada bacaan surah Al-Fiil, ramailah remaja merebutkan telur masak sekali gus memakannya. Kononnya yang mendapat telur masak itu akan menjadi terang hatinya, cepat pandai membaca al-Quran.

Kategori: Warisan

Nyanyian nazam berendoi dipersembahkan antara hari ketujuh hingga empat belas selepas bayi dilahirkan. Persembahan dimulai dengan menyanyikan lagu Asma’ul Husna, iaitu 99 nama Allah, diikuti dengan membaca surah al-Fatihah. Bacaan teks daripada kitab Berzanji kemudian dilangsungkan disusuli bacaan atau nyanyian selawat.

Kategori: Warisan

Gordang Sambilan di negeri Selangor bermula seiring penghijrahan masyarakat Mandailing dari Tamparuli Selatan, Sumatera Utara ke Tanah Melayu. Pada tahun 1987, Gordang Sambilan diperkenalkan kepada tetamu sempena perasmian Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam serta kesenian ini diisytiharkan secara rasmi sebagai Gendang Paluan Negeri Selangor.

Kategori: Warisan

 Hening malam digugah apabila tabuh dipalu menandakan bermulanya acara baca puisi patriotik di Sanggar Man Kayan, Kuantan. Lokasi yang mulanya sunyi dengan persiapan rapi para pendukung presentasi, mula hangat dengan aura dan semangat para pejuang silam.

Kategori: Warisan

ARKEOLOGI di Malaysia telah menyaksikan perkembangan pengetahuan baharu tentang prasejarah negara yang dilakukan melalui kegiatan penggalian atau ekskavasi yang bersifat sistematik dan saintifik oleh ahli arkeologi. Arkeologi juga menjadi lapangan disiplin yang ditawarkan di peringkat institusi pengajian tinggi seperti di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kategori: Warisan
  • Arkib

  • Statistik

    254672
    Melawat Hari Ini : 335
    Jumlah Pelawat : 254672
    Hits Hari Ini : 999
    Jumlah Hits : 656295
    Siapa atas talian : 9
  • Kategori