Kenangan Ayah merupakan sebuah kisah menarik yang mengimbau kenangan manis masa lalu yang akan sentiasa menjadi ingatan zaman anak-anak penulis mahupun pembaca yang sarat dengan tauladan. Penulis mencoret himpunan puisi kanak-kanak yang berkisar tentang tiga aspek penting dalam mendepani kehidupan yang sejahtera iaitu kasih sayang, pendidikan dan persahabatan. Inilah formula kehidupan yang perlu dipegang oleh generasi mendatang dalam mendepani norma hidup seharian. Dengan penggunaan bahasa mudah dalam bentuk pantun dan pendekatan puisi moden, ia bertepatan dengan kumpulan sasar iaitu kanak-kanak bahkan remaja dalam mengambil unsur nasihat secara bersahaja, namun menerusi gaya kata yang menarik dan tersusun kemas.

Kategori: Ulasan Buku

INSYIRAH merupakan sebuah novel hasil nukilan penulis novel tersohor negara, iaitu Azman Ahmad. Novel ini telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Sayembara Menulis Novel Kanak-Kanak dan Remaja DBP pada tahun 2007.

Kategori: Ulasan Buku

CAMPUR tangan Inggeris di Negeri Sembilan bermula pada 21 April 1874, apabila Datuk Kelana Syed Abdul Rahman bagi pihak Sungai Ujong dengan Datuk Muda Linggi telah bersetuju untuk membuat surat perjanjian dengan Gabenor Sir Andrew Clarke di Singapura bagi pihak kerajaan British

Kategori: Ulasan Buku

KARYA ini memiliki nilainya yang tersendiri dan boleh dikatakan akan menjadi sebuah artifak sastera kelak. Karya-karya Pak Samad (A. Samad Said) seperti Hujan Pagi dan Salina cukup memberi kesan kepada pembacanya dengan isu yang dibawa oleh beliau. Begitu juga dengan Sungai Mengalir Lesu. Cukup bertuah pembaca dan pencinta karya sastera kerana buku ini diterbitkan semula bagi Edisi Malaysia Membaca dengan harga mampu milik. Ini merupakan peluang kepada pengulas untuk menikmati kandungan buku ini di samping mengenali karya-karya Sasterawan Negara Keempat ini.

Kategori: Ulasan Buku

PUISI Melayu Tradisional menjadi lambang kebudayaan serta peradaban masyarakat Melayu yang diwarisi secara turun-temurun. Keindahan susunan kata-kata serta perutusan amanat yang tersirat disebaliknya menjadikan puisi Melayu tradisional begitu tinggi nilainya sebagai khazanah bangsa. Falsafah-falsafah yang terungkap di sebalik penciptaan puisi Melayu tradisional secara tidak langsung mencerminkan sikap serta sifat masyarakat Melayu suatu ketika dahulu yang sopan dalam menutur bicara serta santun dalam menegur.

Kategori: Ulasan Buku

Tidak terlintas di fikiran bahawa terdapat beberapa buah pantai di Pulau Pinang yang menjadi tempat pendaratan penyu dan program konservasi penyu juga sedang giat dijalankan di sana. Bandar raya Pulau Pinang bukan nama yang begitu sinonim dengan aktiviti pendaratan penyu. Penerbitan buku ini secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan baharu kepada rakyat Malaysia supaya peka akan aktiviti pelestarian haiwan yang tertua di dunia ini. Itulah sebab utama pengulas tertarik untuk memiliki buku ini.

Kategori: Ulasan Buku

Novel Debu-debu di Batu Arang terbitan 2017, nukilan Murad Arsad, berjumlah 185 muka surat ini berlatarkan kehidupan rakyat Tanah Melayu zaman penjajahan Inggeris dan Jepun. Zaman ini merupakan era revolusi industri 1. Novel ini bercerita tentang Kampung Rantau Panjang, Mukim Hulu Selangor, pada tahun 1908 hingga 1941.

Kategori: Ulasan Buku

PENGETAHUAN tentang sejarah dan peradaban Rusia penting untuk masyarakat memahami konflik politik ataupun isu-isu semasa yang berlaku di negara tersebut. Sejarah Rusia kebanyakannya adalah sejarah perang. Selama 200 tahun, Rusia berperang 128 tahun dan berada dengan damai selama 72 tahun. Dalam 128 tahun perang itu berlaku, 123 tahun dihabiskan untuk merebut wilayah lain.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1036109
    Visit Today : 887
    This Month : 18708
    Total Visit : 1036109
    Hits Today : 3407
    Total Hits : 4249497
    Who's Online : 13
  • Kategori