Kuasa menentukan kerajaan berada di tangan rakyat selaku pengundi yang akan menilai kecekapan, ketelusan dan pelbagai bentuk nilai dalam urus tadbir kerajaan. Kesemua faktor ini merupakan fakta yang tidak boleh disangkal. Namun, bagi pelaksana segala perkhidmatan dan dasar kerajaan persoalan bagaimana untuk mewujudkan perkhidmatan berkualiti dan mesra pelanggan bahkan yang bertaraf dunia itulah yang utama.

Kategori: Ulasan Buku

Selain terdedah kepada hadith-hadith palsu atau mawdu', masyarakat hari ini juga terkesan dengan propaganda orientalis yang menyebarkan hadith-hadith palsu ini. Justeru, penerbitan buku ini amat penting dan perlu dimiliki oleh setiap individu kerana dapat memberikan panduan mengenai hadith palsu dengan mengemukakan contoh-contoh hadith tersebut.

Kategori: Ulasan Buku

Buku ini membincangkan empat desakan utama kepada perubahan dalam organisasi yang saling mempengaruhi, saling bergantung dan saling memberi kesan kepada matlamat organisasi yang perlu diberi pertimbangan dan keprihatinan yang tinggi oleh pelanggan. Keempat-empat desakan itu ialah sumber tenaga kerja, struktur, teknologi dan persekitaran.

Kategori: Ulasan Buku

Antara tokoh yang ditampilkan dalam buku ini ialah Allahyarham Tun Syed Nasir Ismail, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn. Selain itu, tokoh-tokoh bahasa yang menentukan semua dasar dan keputusan juga ditampilkan, antaranya ialah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar, Datuk Dr. Hassan Ahmad, Profesor Dr. Farid M. Onn dan tokoh-tokoh lain yang terlibat dalam pelbagai disiplin ilmu.

Kategori: Ulasan Buku

PENGURUS dalam Pelbagai Peranan merupakan salah sebuah terbitan Siri Pengurusan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) yang ditulis oleh Maimunah Osman. Buku ini mengandungi lapan bab yang memberikan huraian tentang tanggungjawab pengurus atau pegawai dalam Perkhidmatan Awam. Setiap bab dalam buku ini membincangkan pelbagai peranan yang perlu dimainkan oleh seseorang pengurus. Oleh itu, buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat pengurus dalam organisasi, khususnya mereka di peringkat pertengahan.

Kategori: Ulasan Buku

Buku ini mengandungi 10 artikel yang membincangkan beberapa aspek penting dalam bidang pengurusan. Aspek yang disentuh meliputi bidang pengurusan pemasaran, kepimpinan, pengurusan pelanggan, kemahiran mendengar, kerja berpasukan, kreativiti dalam pengurusan, dan peningkatan kerjaya. Artikel-artikel ini merupakan ringkasan daripada buku-buku yang dihasilkan oleh penulis masing-masing.

Kategori: Ulasan Buku

Buku Bahasa, Negara dan Bangsa hasil tulisan Jeniri Amir ini menghuraikan persoalan berkaitan bahasa yang menghadapi cabaran yang getir sejak akhir-akhir ini. Buku ini menghimpunkan makalah yang pernah beliau tulis tentang isu dan permasalahan bahasa di Malaysia.

Kategori: Ulasan Buku

Pengurusan dari segi Islam boleh ditakrifkan sebagai satu proses melakukan dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah – sifat semula jadi – melalui dan bersama orang lain dalam usaha untuk mencapai objektif kerja secara berkesan. Selain itu, sumber organisasi digunakan dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al-falah – kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1035075
    Visit Today : 1291
    This Month : 17674
    Total Visit : 1035075
    Hits Today : 6408
    Total Hits : 4244742
    Who's Online : 13
  • Kategori