Memilih kedudukan masa di Tokyo sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa, Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik yang turut dikenali sebagai Perang Pasifik bermula dengan pendaratan tentera Jepun di Kota Bahru, Kelantan pada 8 Disember 1941. Pada tarikh tersebut pukul 2.15 pagi, Jepun mendarat di Pantai Kuala Pak Amat yang terletak di antara Pantai Sabak – Badang, Kota Bahru. Pendaratan berlaku satu jam 10 minit sebelum Jepun menyerang Pearl Harbour, Hawaii yang merupakan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS). Hal ini bermakna negeri Kelantan di Tanah Melayu merupakan medan pertempuran pertama dalam Perang Pasifik.

Kategori: Ulasan Buku

Penulisan ilmiah merupakan sebuah penulisan yang berbentuk serius dan seharusnya terkawal dari segi struktur, pemerenggan, pemilihan perkataan, penghasilan ayat serta tautan antara ayat. Penulis  dalam buku ini menekankan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian seperti penulisan ayat gramatis, penggunaan pelbagai jenis ayat, penggunaan kosa kata yang sesuai, tepat, pelbagai, ejaan yang betul, penguasaan kandungan, penyusunan dan perkembangan idea secara jelas dan teratur, membuat nukilan mengikut gaya yang ditetapkan dan permasalahan yang lainnya.

Kategori: Ulasan Buku

Novel ini mempunyai ambiguiti tentang Gunung Cha adalah kemuncak pendakian Mad dalam hidupnya. Dalam dirinya sebenar-benarnya wujud Gunung Cha. Persoalannya, adakah benar kata-kata Profesor Zulfan ‘Kau ibaratkan ia wujud, walau tak berjumpa’. Disinilah terletaknya keunikan jalan penceritaan novel karya Malim Ghozali PK.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ditulis oleh editor, Nik Afifah Nik Abdul Aziz yang memperkenalkan Hikayat Perempuan Bernama Latifah serta kajian yang mendalam terhadap intipati dan tafsiran hikayat tersebut. Beliau juga menulis tentang ringkasan perbandingan antara hikayat ini dengan hikayat lain yang menceritakan tentang isu wanita dari sudut pandangan Islam. Antara teks hikayat yang memfokuskan kepada kaum wanita yang telah sedia ada dikaji ialah Hikayat Darmatasiah, Hikayat Puteri Salamah, Hikayat Fatimah dan Hikayat Perempuan Bernama Latifah yang menjadi fokus utama dalam buku ini.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Jerawat atau acne vulgaris merupakan bisul kecil pada muka. Jerawat biasa berlaku pada remaja yang akil baligh disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan. Perkataan jerawat memang tidak asing pada kita terutamanya remaja. Jerawat boleh menggugat keyakinan seseorang dan boleh menjejaskan interaksi sosial. Semua orang mengidamkan kulit muka yang sempurna, halus dan licin tanpa jerawat tetapi bukan semua orang bernasib baik. Jadi, kita harus menerima hakikat dan cuba merawatnya secepat mungkin. Oleh itu, buku ini wajib dijadikan sebagai bahan rujukan oleh setiap individu yang ingin mendapat gambaran mengenai jerawat.

Kategori: Ulasan Buku

Ekstralinguistik membawa maksud pengetahuan bersama yang diperlukan untuk memahami sesuatu percakapan atau sebutan. Buku ini membincangkan pemerolehan dan penguasaan bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melayu dari sudut psikolinguistik. Sasaran utama buku ini telah dikhususkan kepada para pelajar, ahli akademik, masyarakat umum dan peminat terhadap ilmu ekstralinguistik. Penulis telah menerapkan faktor ekstralinguistik dalam perbincangannya dan sekali gus telah memberi manfaat kepada pembaca kerana dapat menjelaskan serta memberi contoh yang sahih mengenai kepentingan dan manfaat dalam usaha menguasai bahasa selain bahasa ibunda.

  Cerita rakyat Sabah yang berjudul Bantogen ini mempunyai 197 halaman dan ditulis oleh Azmah Nordin. Cerita rakyat ini mengisahkan tentang seorang puteri raja bernama Puteri Innalang Intanku atau lebih dikenali dengan nama panggilan Puteri Jana, yang berdepan dengan tanggungjawab dan bebanan yang harus dipikul untuk menjaga adik lelaki kembarnya, Putera Bantogen yang nakal. Puteri Jana merupakan satu-satunya puteri raja daripada empat saudara lelakinya di kerajaan negeri terapung yang bernama Bembaran.

Kategori: Ulasan Buku

Novel kanak-kanak hasil tulisan Zainab Haji Nawab Khan ini mengisahkan konflik yang berlaku semasa Sofia dan rakan-rakannya mengikuti acara perkhemahan antarabangsa Persatuan Pandu Puteri Tunas dan Remaja di kaki Gunung Kinabalu, Sabah. Berbekalkan ilmu kemahiran yang dipelajari daripada aktiviti pasukan beruniform itu, Sofia dan ahli pasukannya berjaya menyelesaikan malapetaka yang dihadapi oleh mereka. Novel ini juga memperkenalkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang merupakan antara unit beruniform yang ditawarkan di sekolah sebagai aktiviti kokurikulum pelajar.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    187835
    Melawat Hari Ini : 430
    Jumlah Pelawat : 187835
    Hits Hari Ini : 1325
    Jumlah Hits : 432664
    Siapa atas talian : 3
  • Kategori