Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) telah menganjurkan Wacana Komersialisasi Sastera pada 13 Februari 2018, di Wisma ITBM, Kuala Lumpur. Wacana telah menyaksikan perbincangan antara ahli panel, iaitu Encik Mohd. Khair Ngadiron, Pengarah Urusan ITBM, Dr. Norhayati Abd. Rahman, pensyarah Universiti Malaya, Encik Saifullizan Yahaya, Ketua Akademi DBP dan Encik Nurul Asyikin Abd. Hamid penulis bebas. Encik Mohd. Rozlan Mohamed Noor pula bertindak sebagai pemudah cara.

Kategori: Berita, Featured

Pada 8 Disember 2017, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Majlis Hari Inovasi DBP 2017 bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP. Majlis yang bertemakan “Membudayakan Kreativiti, Memperkasakan Inovasi” telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Alias bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis ini juga diadakan untuk melancarkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.

Kategori: Berita

Pada 5 hingga 7 Disember 2017, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) meneruskan kerjasama menganjurkan Kursus Penulisan Profesional di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya.

Kategori: Berita

Penutup tahun 2017 menyaksikan pelaksanaan program pengiktirafan dan penganugerahan kepada para karyawan, penulis, rakan organisasi dan pihak media massa. Rasa keakraban dan sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadap usaha dan kegiatan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2017 dizahirkan melalui Majlis Anugerah Tinta Kenyalang dan Malam Lestari Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dan berlangsung pada 29 November 2017, pukul 8.00 malam di Hotel Pullman, Kuching. Majlis berbesar hati menerima kehadiran Yang Berhormat Dr. Annuar Rapa’ee, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidikan, Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak sebagai tetamu kehormat dan perasmi majlis.

Kategori: Berita, Featured, Makalah

Pada 28 November 2017, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015/2016 dan Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Tunas Cipta 2015/2016 bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Yang turut hadir ialah Dato’ Sri Alias bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia, Prof. Dato’ Seri Dr. Md Salleh bin Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dan Datuk Haji Abdul Adzis bin Abas, Ketua Pengarah DBP dan Datuk Haji Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran,Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP.

Kategori: Berita

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menyediakan platform bagi kanak-kanak mencipta karya serta berusaha meningkatkan penghasilan karya sastera Melayu dalam kalangan kanak-kanak dengan memberikan peluang kepada kanak-kanak meluahkan hasil ciptaan mereka dalam majalah Dewan Pelajar, terbitan DBP.

Kategori: Berita

Lakonan hebat kanak-kanak dalam masa 10 minit, memeriahkan lagi sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Pertandingan Teater Pendek Kanak-kanak 10 minit yang di adakan pada 23 November 2017 yang lalu telah disertai oleh kanak-kanak dari enam buah sekolah.

Kategori: Berita

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara telah menganjurkan Sayembara Mencipta Lagu Puisi Remaja 2017 bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini. Pertandingan ini telah diadakan pada 16 November yang lalu bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1037361
    Visit Today : 843
    This Month : 19960
    Total Visit : 1037361
    Hits Today : 2560
    Total Hits : 4254915
    Who's Online : 10
  • Kategori