Kuala Lumpur melakar sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Penyerahan watikah pengiktirafan tersebut dibuat oleh wakil UNECSO, Encik Ian Denison kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan pada 12 November 2018 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured

Hasil produksi Balang Rimbun Sdn. Bhd., “Pokok” diangkat sebagai Teater Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bakal dipentaskan di Auditorium DBP pada 7 hingga 16 Disember 2018. “Pokok” merupakan hasil karya Tan Sri Johan Jaaffar, mantan Pengerusi Media Prima Berhad dan juga mantan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dan diarahkan oleh U-Wei Haji Saari, pengarah filem Jogho dan Hanyut.

Kategori: Berita, Featured

Pada 29 Oktober 2018, berlangsungnya majlis perasmian Anjung DBP oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom. Anjung DBP yang terletak di Aras Lantai Menara DBP ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu kedai buku, kafe buku dan kaunter pengesahan bahasa. Selain kedai buku yang berada di Anjung DBP ini, kedai buku DBP juga terletak di tiga lokasi sedia ada, iaitu di Kompleks DBP Hulu Kelang, DBP Cawangan Sarawak dan DBP Cawangan Sabah.

Kategori: Berita, Featured

Karnival Bahasa Jiwa Bangsa pada 23 Oktober 2018 di Dewan Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) Lembah Pantai , Kuala Lumpur, berlangsung dengan penuh warna-warni. Karnival ini diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2018 peringkat Kementerian Pendidikan untuk menyemarakkan kegiatan bahasa, budaya dan sastera kebangsaan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan pendidik dan pelajar.

Kategori: Berita, Featured

Penganjuran Program Eksplorasi Bahasa bersempena dengan Program Keselamatan Kanak-kanak “Sahabat B.I.J.A.K.: Selamat dan Lindung (Safe and Protect)” di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 22 November 2018 lalu mendapat sambutan yang meriah dan menggalakkan daripada kanak-kanak yang hadir. Seramai 75 orang kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur, latar belakang dan sekolah telah menyertai program ini. Program Eksplorasi Bahasa diadakan untuk menguji tahap pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak dalam bidang bahasa dan sastera, di samping menggalakkan semangat bekerjasama dalam kalangan peserta.

Kategori: Berita, Featured

Hari UNESCO Malaysia (HUM) 2018 telah disambut pada 29-30 September 2018 yang lalu. Pada tahun ini UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) memilih negeri Perak sebagai negeri yang mempunyai tapak warisan dunia UNESCO di Lenggong sebagai tuan rumah sambutan pada peringkat kebangsaan.

Kategori: Berita, Featured

Pada 9 Oktober 2018, bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGK Bahasa Melayu), Lembah Pantai, Kuala Lumpur, telah berlangsung Syarahan MABBIM yang bertajuk “Peningkatan Literasi Bahasa Melayu/Indonesia” oleh Dr. Zaharani Ahmad.

Kategori: Berita, Uncategorized

Program “Secangkir Kopi” merupakan bicara karya berkonsepkan santai sambil minum dan diselitkan dengan nyanyian lagu puisi. Program yang dilaksanakan sejak tahun 2016 ini khusus membicarakan buku baharu karya penulis Sabah. Sehubungan dengan itu, pada 8 Oktober 2018, Dewan bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) telah mengadakan program ini di Dewan Pameran Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu. Program ini dilaksanakan sebagai pengisian acara Pesta Buku Borneo 2018 yang diadakan dari 5 hingga 9 Oktober 2018 dan bersempena dengan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2018.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1034511
    Visit Today : 727
    This Month : 17110
    Total Visit : 1034511
    Hits Today : 2362
    Total Hits : 4240696
    Who's Online : 12
  • Kategori