
Penubuhan PUTERA secara rasmi pada tahun 1980 telah membuktikan keberadaan penggiat sastera dalam bandar pembangunan seperti Miri, malah persatuan yang juga berada di bawah Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) itu sebagai penggerak kepada kegiatan bahasa dan sastera di Sarawak sehingga kini.

Penubuhan program pengajian Islam dan pengajian al-Quran di USM merupakan asas penting kepada seluruh umat Islam dalam melaksanakan ibadah yang sempurna. Lebih membanggakan lagi, program pengajian Islam dan pengajian al-Quran di USM telah mengangkat kedudukan Pusat Islam USM dan keunggulan USM sebagai universiti APEX di Malaysia.

OLEH ATIQAH ABD RAHIM SESI Wacana Ilmu 2020 Siri Pertama yang bertajuk, “Orang Muda dan Bahasa Melayu dalam Media Sosial” telah diadakan melalui siaran langsung di Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada 13 Julai 2020. Sesi tersebut menampilkan Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong, Felo Utama Bersama, Institut Kajian Etnik Kebangsaan (KITA) dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Sesi itu membincangkan penggunaan bahasa Melayu dalam […]