Program Bimbingan Penulisan Novel Sejarah untuk Remaja Zon Utara 2019 bersempena dengan Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2019 telah diadakan di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU), Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 22 Januari 2019. Selain itu, Program Bimbingan Penulisan Novel Sejarah untuk Remaja Zon Utara 2019 menampilkan dua ahli panel dalam bidang kajian sejarah Malaysia dan kesusasteraan Melayu moden dari Universiti Malaya (UM), iaitu Prof Emeritus Dato’ Dr. Abdullah Zakaria dan Prof Madya Dr. Hashim Ismail.

LEKSIKAL ialah kata, kosa kata, diksi, perbendaharaan kata sesuatu bahasa.  Kata dalam sesuatu bahasa mempunyai makna atau senarai makna yang tidak disyaratkan oleh struktur sintaksis. Dengan kata lain leksikal ialah kata yang telah mempunyai makna yang diberikan dalam kamus.  Sebagai contoh, dalam kamus bahasa Melayu kata “ketupat” merujuk kepada beras yang dimasak lama dalam sarung yang dianyam daripada daun kelapa muda.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Hukum Luar Derlung digunakan apabila sesuatu perkataan yang mempunyai suku kata praakhir dan akhir bunyi vokal terbuka [a]. Biasanya hukum ini terpakai pada kata Melayu jati dan juga kata yang bukan daripada kata Arab. Dan yang paling penting ialah jenis kata yang disebutkan di atas mestilah bunyi terbuka [a] digandingkan dengan huruf-huruf berikut pada suku kata akhirnya: ba (ب) atau ta (ت) atau pa (ڤ) atau ga (ݢ) atau nun (ن) atau sin (س) atau nya (ڽ) atau ca (چ) atau ya (ي) atau kaf (ک) atau mim (م) atau jim (ج).

Kategori: Bimbingan, Jawi

Pada hujung bulan Julai lalu, penulis ada terbaca kiriman status pada facebook seorang rakan. Dalam status tersebut, beliau memaparkan salah satu soalan ujian percubaan Bahasa Melayu UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) yang mengelirukan.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Untuk maksud “menyalin kembali teks yang ditulis dengan huruf Jawi kepada teks Rumi”, kata manakah yang paling tepat digunakan antara transkripsi dengan transliterasi? Pertanyaan ini penulis ajukan kerana masih ada yang terkeliru dengan penggunaan kedua-dua kata atau istilah tersebut, dan penulis pernah ditanyakan hal itu.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Tepat pada masanya iaitu di tengah-tengah kegawatan bahan bacaan ilmiah santai, Unit Perkembangan Wanita, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan telah menganjurkan bengkel Penulisan Kreatif (Perubatan dan Kesihatan) dengan kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 23 hingga 24 Julai 2016 yang lalu.

Kategori: Berita, Sastera Kreatif

Antara “menjolok mata” dengan “mencolok mata”, simpulan bahasa manakah yang paling tepat dan sepatutnya digunakan? Penulis pernah diajukan pertanyaan tentang perkara ini.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Dahulu, kata kemudahan asas merupakan kata umum yang sering digunakan dalam penulisan, terutamanya di akhbar. Kemudiannya, kata ini digantikan pula dengan kata infrastruktur.

Kategori: Bahasa, Bimbingan
  • Arkib

  • Statistik

    119435
    Melawat Hari Ini : 95
    Jumlah Pelawat : 119435
    Hits Hari Ini : 202
    Jumlah Hits : 211038
    Siapa atas talian : 1
  • Kategori