Seiring dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia menjelang tahun 2020, turut menyusul ialah tanggungjawab yang berat bagi merapatkan jurang masyarakat Malaysia dengan buku. Oleh yang demikian, cabaran pertama yang perlu diatasi terlebih dahulu bukan untuk menggalakkan masyarakat supaya menyentuh, membaca dan membeli buku, sebaliknya menarik tumpuan dan mendorong mereka untuk mendekati buku. Walaupun realitinya perkara ini bukan satu kerja yang mudah untuk berbuat demikian dalam suasana industri buku negara ini, tetapi bagaimana sesebuah buku dapat memikat hati bakal pembacanya?

Kategori: Puji & Tegur

Sastera Kebangsaan merujuk pada karya sastera yang menggunakan bahasa kebangsaan, menampilkan gambaran hidup masyarakat di Malaysia, menggambarkan kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat majmuk di negara ini, serta menyumbang ke arah persefahaman dan integrasi nasional.

Kategori: Puji & Tegur

Perlumbaan motosikal Grand Prix di Sepang pada 4 November 2018 yang lalu merakamkan drama yang tersendiri. Valentino Rossi yang sedang mendepani perlumbaan terjatuh pada tiga pusingan terakhir, lalu Marc Marquez yang mengekorinya dari awal perlumbaan, muncul juara acara berprestij berkenaan.

Kategori: Featured, Puji & Tegur

Hari ini terdapat kecenderungan sesetengah masyarakat, terutamanya golongan peniaga menggunakan ejaan lama untuk menamakan produk. Antaranya menggunakan perkataan seperti chantek, chinta, lesong, kampong dalam beberapa produk penjagaan diri dan makanan.

Kategori: Featured, Puji & Tegur

Setiap hari kita akan berhadapan dengan kesalahan tatabahasa di dalam pelbagai media, baik media konvensional mahupun media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Twitter. Selain kesalahan tatabahasa, kesalahan ejaan juga sudah semakin lazim sama ada dalam bahasa Malaysia mahupun bahasa Inggeris.

Kategori: Featured, Puji & Tegur

Pada suatu hari, ketika penulis melalui deretan kedai di sebuah bandar, penulis terdengar perbualan seorang kanak-kanak dengan ibunya.

Kategori: Puji & Tegur

“Kue tiaw”, “kuey tiow”, “kuew tiaw”, “kueytiaw”, “kueh tiaw”, “kway teow”. Ejaan seperti inilah yang ditulis oleh pelajar tingkatan empat di papan putih ketika penulis meminta mereka menulis nama makanan tersebut. Penulis pasti, ejaan-ejaan begini juga yang dipamerkan di kedai makan di persekitaran mereka dan terakam dalam minda seterusnya diterjemahkan melalui tulisan.

Kategori: Puji & Tegur

Fungsi utama papan tanda kedai adalah untuk memberikan maklumat yang tepat tentang jenis dan aktiviti perniagaan kedai. Selain itu, papan tanda juga berfungsi untuk mempromosikan produk, menjadi daya penarik supaya orang mahu singgah dan masuk ke kedai, menerangkan nama kedai, memudahkan orang mencari lokasi kedai, dan memudahkan orang untuk mengingati nama kedai kita.

Kategori: Puji & Tegur
  • Arkib

  • Statistik

    1043955
    Visit Today : 376
    This Month : 26554
    Total Visit : 1043955
    Hits Today : 998
    Total Hits : 4285971
    Who's Online : 15
  • Kategori