OLEH KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH Pada dasarnya, konsep nilai ekonomi dalam bidang ekonomi menurut kajian Russell Pitman dalam artikelnya yang bertajuk “Consumer Surplus as the Appropriate Standard for Antitrust Enforcement” (2007) merupakan ukuran manfaat yang diberikan oleh pengeluar barang dan perkhidmatan kepada ejen ekonomi. Oleh itu, penjelasan konsep nilai ekonomi berdasarkan kajian Russell Pitman dalam artikel tersebut adalah berkaitan dengan kajian nilai ekonomi bahasa Melayu sebagai bahasa industri. Sehubungan dengan […]

Kategori: Puji & Tegur

Ruangan Wadah Bahasa dan Sastera (WBS) kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) yang disiarkan dalam akhbar Utusan Sarawak merupakan sebuah ruangan yang sangat istimewa dan bermakna. Ruangan ini banyak membantu dalam melahirkan dan membina ramai penulis baharu yang bermastautin di Sarawak.

Kategori: Puji & Tegur

Majlis Pensijilan Pengajian Islam Kali Keenam dan Ihtifal Kuliah Pengajian al-Quran dan Tajwid telah diadakan pada 10 Mac 2020 bertempat di Auditorium Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Penganjuran Majlis Pensijilan Pengajian Islam Kali Keenam dan Ihtifal Kuliah Pengajian al-Quran dan Tajwid oleh Akademi Baitul Hikmah, Pusat Islam USM menyaksikan seramai 150 orang graduan Kursus Sijil Pengajian Islam dan Kursus Sijil Pengajian al-Quran dan Tajwid Peringkat Dewasa telah menerima Sijil Tamat Kursus Pengajian Islam dan Kursus Pengajian al-Quran juga Tajwid Peringkat Dewasa.

Kategori: Puji & Tegur

TEKNOLOGI canggih kadang-kala menjadi punca keracunan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kesat dan tidak sopan sudah menjadi kebiasaan terutamanya di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Kategori: Puji & Tegur

DUA perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris ini, iaitu kolaboratif dan kolaborasi, sering digunakan penutur bahasa Melayu dewasa ini dalam pelbagai situasi tidak kira waktu dan di mana-mana sahaja mereka berada. Namun begitu, kadangkala didapati dua perkataan pinjaman ini digunakan pada tempat, masa dan situasi yang kurang tepat dalam penulisan dan pertuturan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Kategori: Puji & Tegur

Mukim Duyong berada dalam pentadbiran daerah Melaka Tengah. Mukim ini juga berjiran dengan mukim Ayer Molek. Mukim Duyong terkenal dengan pelbagai lokasi tarikan pelancongan antaranya ialah Perkampungan Hang Tuah, Perigi Hang Tuah, Muzium Hang Tuah dan Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah.

Kategori: Puji & Tegur

Bahasa rojak dapat didefinisikan sebagai satu bentuk bahasa yang digunakan oleh masyarakat dengan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin, Arab dan sebagainya. Penggunaan bahasa rojak dalam bidang-bidang tertentu seperti pengiklanan dan penyiaran bukanlah suatu perkara yang baharu di negara ini.

Kategori: Puji & Tegur

Seiring dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia menjelang tahun 2020, turut menyusul ialah tanggungjawab yang berat bagi merapatkan jurang masyarakat Malaysia dengan buku. Oleh yang demikian, cabaran pertama yang perlu diatasi terlebih dahulu bukan untuk menggalakkan masyarakat supaya menyentuh, membaca dan membeli buku, sebaliknya menarik tumpuan dan mendorong mereka untuk mendekati buku. Walaupun realitinya perkara ini bukan satu kerja yang mudah untuk berbuat demikian dalam suasana industri buku negara ini, tetapi bagaimana sesebuah buku dapat memikat hati bakal pembacanya?

Kategori: Puji & Tegur
  • Arkib

  • Statistik

    047595
    Visit Today : 1069
    This Month : 21124
    Total Visit : 47595
    Hits Today : 3800
    Total Hits : 201604
    Who's Online : 8
  • Kategori